DANA Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) telah mendapat suntikan lebih $1,000 semalam apabila lebih 80 penduduk dan anggota akar umbi Divisyen Bukit Timah menghulurkan derma, didahului oleh Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pendidikan), Cik Sim Ann.
Diiringi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Kelab Masyarakat Bukit Timah, Cik Zainab Haji Sabtu, Cik Sim menghulurkan derma ke dalam tabung yang terletak di pintu masuk utama Tanjong Katong Complex petang semalam.