Surat Pergas berkenaan Encik Lee Kuan Yew tersebar di Internet

SEPUCUK surat daripada Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) berkenaan mantan Perdana Menteri Encik Lee Kuan Yew telah tersebar di media sosial dan menerusi khidmat pesanan watsapp.

Dalam satu catatan Facebook, Pergas berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penyebaran surat tersebut dan menggesa orang ramai supaya berhenti menyebarkannya.

"Kami menggesa orang ramai supaya menghormati perasaan pihak keluarga (Encik Lee Kuan Yew) dan menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab serta berhenti menyebarkan lagi surat tersebut," kata persatuan itu dalam Facebooknya.

Difahamkan surat tersebut belum lagi diluluskan pegawai kanan Pergas dan persatuan itu mengambil serius perbuatan menyebarkannya tanpa kebenaran.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberitahu keadaan Encik Lee kian tenat dan semakin buruk ekoran jangkitan. Beliau kini sedang dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH).  

 

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.