ANGGOTA Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) harus selalu mengingatkan diri mereka mengenai kepentingan integriti, kejujuran dan menjauhi rasuah, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.
Encik Lee menyentuh bahawa PAP telah kembali berkuasa pada pilihan raya umum 11 September lalu dengan mandat membanggakan iaitu 69.9 peratus dengan 83 daripada 89 kerusi dalam parlimen.