Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek dalang rasuah bola sepak Dan Tan ditangkap semula

Dec 02, 2015 | 08:56 AM



SUSPEK dalang kelong bola sepak Dan Tan Seet Eng ditangkap semula pada Selasa (1 Dis) malam, kurang seminggu selepas dibebaskan mahkamah tertinggi Singapura yang mengisytiharkan penahanannya tanpa perbicaraan tidak sah.


Polis enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai penangkapannya, selain mengeluarkan kenyataan pada 9.45 malam yang berkata:


"Polis mengesahkan mereka menangkap Dan Tan pada 1 Disember untuk siasatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah. Siasatan sedang berjalan."


Difahamkan suspek berusia 51 tahun itu ditahan pada kira-kira 8 malam di tempat dia tinggal sejak dilepaskan daripada tahanan.


Akhbar The Straits Times melaporkan peguam Tan, Encik Thong Chee Kun dan Encik Hamidul Haq, berkata mereka menyedari dia telah ditangkap.


Encik Haq berkata: "Kami sedang cuba mengetahui asas undang-undang bagi tindakan polis menangkapnya semula."


Minggu lalu, pembebasannya dikritik bekas ketua Interpol, Encik Ronald Noble, dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), yang berkata ia "sangat kecewa" dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu.


Bekas ketua keselamatan Fifa, Encik Chris Eaton, yang juga mengecam keputusan membebaskan Tan, menulis tweet selepas mendapat tahu mengenai dia ditangkap: "Saya gembira sistem kehakiman Singapura terus berjalan dengan tegas dalam siasatan dan pendakwaan kegiatan menetapkan keputusan perlawanan."


Tan, yang dinamakan oleh Interpol sebagai "ketua sindiket penetapan keputusan perlawanan paling terkenal di dunia", dikaitkan dengan perbuatan itu di seluruh Eropah, Mesir, Afrika Selatan, Nigeria, Turkey dan Trinidad dan Tobago.


Dia ditangkap, bersama 13 orang lain, dalam siri serbuan polis pada September 2013. Sebulan kemudian, Menteri Dalam Negeri menahannya tanpa perbicaraan di bawah Akta Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara) (CLTPA).


Bagaimanapun pada 25 Nov, panel tiga hakim, yang termasuk Hakim Besar Sundaresh Menon, memutuskan dalam penghakiman mercu tanda bahawa walaupun Tan mungkin menjalankan sindiket penetapan keputusan perlawanan antarabangsa dari Singapura, kegiatan itu tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam di sini.


Pada Isnin, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mempertahankan penggunaan CLTPA dalam kes Tan, dan berkata penahanannya "atas alasan baik".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >