Suspek kes bunuh berhutang lebih $60,000

PERBICARAAN kes bunuh melibatkan bekas anggota polis, Iskandar Rahmat, 36 tahun, yang dituduh membunuh pemilik bengkel kereta, Tan Boon Sin, 67 tahun, dan anak lelakinya, Tan Chee Heong, 42 tahun, di Kovan lebih dua tahun lalu, bermula di Mahkamah Tinggi pagi tadi.

Iskandar, berpangkat staf sarjan kanan, dilihat mengenakan pakaian seragam penjara berwarna coklat airm diiringi pengawal memasuki bilik mahkamah pada 9.50 pagi tadi.

Dia yang sebelum ini bertugas di Balai Polis Divisyen Bedok, kelihatan tenang dan dilihat berbincang dengan peguamnya sebelum mengambil tempatnya dan tuurt dilihat memandang keadaan sekitar mahkamah.

Kira-kira 50 orang awam dan sekurang-kurangnya 20 wartawan berada dalam mahkamah, dengan lima anggota keluarga mangsa turut hadir.

Dalam kenyataan pembukaannya, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lau Wing Yum berkata, tertuduh telah merancang untuk merompak Encik Boon Sin kerana dia sedang menghadapi kemuflisan dan kemungkinan dipecat daripada pasukan polis.

Menurut pendakwa raya lagi, Iskandar menanggung hutang lebih $60,000 dan Bank OCBC telah memfailkan petisyen muflis ke atasnya.

Tertuduh harus membayar $50,000 bagi menyelesaikan kes pada 10 Julai 2013, tarikh pembunuhan itu berlaku.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 68
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.