Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek pembunuh kucing dapat peguam sukarela

Jan 04, 2016 | 10:10 AM



ORANG yang disyaki mencampak seekor kucing hingga mati dari tingkat 13 sebuah blok flat di Yishun akan diwakili seorang peguam jenayah, Encik Josephus Tan, secara pro bono, atau sukarela.


Lee Wai Leong, 40 tahun, menghadapi satu tuduhan kekejaman haiwan Selasa lalu berhubung kejadian pada 30 Oktober lalu itu.


Encik Tan berkata pada Ahad (3 Jan) beliau telah bertemu keluarga Lee Sabtu lepas bagi membincangkan kes tersebut, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin.


Sementara itu, Menteri Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, merujut mengenai kejadian pembunuhan kucing di Yishun baru-baru ini dalam satu pos Facebook pada Sabtu.


Sekurang-kurangnya 20 kucing ditemui mati atau cedera parah di kawasan itu dalam tempoh tiga bulan lalu.


Rabu lalu, sehari selepas Lee didakwa, seekor kucing ditemui mati di Blok 734, Yishun Avenue 5, dengan darah di telinga dan mulutnya.


Encik Shanmugam berkata beliau, seperti ramai yang lain, "terkejut mengenai kekejaman mengerikan, dalam perbuatan mencacatkan dan membunuh banyak kucing di Yishun", dan menyifatkannya sebagai "mengejutkan, menjijikkan".


Beliau berkata keluarga Lee, yang tinggal di kawasan pilihan raya beliau, GRC Nee Soon, memberitahu sukarelawan bahawa beliau mempunyai mentaliti seorang kanak-kanak dan mengalami serangan kejang serta sawan.


Encik Shanmugam berkata "sangat jelas bahawa tugas saya ialah membantu Encik Lee mendapatkan seorang peguam".


"Mahkamah kemudian boleh mendapat semua fakta dan membuat keputusan mengenai persoalan apakah beliau bersalah, serta hukuman sesuai, jika beliau didapati bersalah."


Encik Tan berkata keluarga Lee meminta bantuan semasa Sesi Bertemu Penduduk kerana mereka menghadapi cabaran kewangan untuk mendapatkan seorang peguam.


Mengenai tindakan beliau mengambil kes itu, Encik Tan berkata: "Saya penyokong besar kerja pro bono dan ia adalah satu perkara yang betul untuk dilakukan," katanya.


Lee kini ditahan reman bagi penilaian psikiatri di Institut Kesihatan Mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >