Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek pengedar dadah dan 5 rakan subahat ditangkap

Aug 12, 2016 | 03:30 PM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) menangkap seorang suspek pengedar dadah dan rakan sejenayahnya serta merampas dadah bernilai lebih $138,000 pada Khamis (11 Ogos).



Operasi itu melibatkan pengawasan dan serbuan di beberapa tempat, ujar CNB dalam satu kenyataan pada Jumaat (12 Ogos).



Pada tengah hari Khamis, pegawai CNB mengawasi suspek pengedar itu , seorang lelaki warga Singapura berusia 33 tahun, bertemu seorang rakyat Malaysia berusia 40 tahun di Boon Teck Road di Balestier.



Selepas pertemuan singkat itu, mereka memandu ke arah berlainan.



Suspek pengedar itu menuju ke Queenstown, tempat dia ditangkap dengan wang tunai lebih $600. Heroin hampir 1.4kg heroin, methamphetamine, atau Ice, sebanyak 320g, sebotol methadone dan timbang digital ditemui dalam keretanya.



Kumpulan kedua pegawai CNB pula menjalankan serbuan di sebuah flat HDB di Queenstown, tempat seorang rakan sejenayahnya dipercayai sedang bersembunyi.



Lelaki berusia 49 tahun itu ditangkap bersama dua suspek penagih dadah - seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang wanita 37 tahuh. Ketiga-tiga mereka warga Singapura.



Pegawai CNB menemui heroin kira-kira 30g, Ice sebanyak 10, dan wang tunai $3,400 di flat tersebut.



Sementara itu, rakyat Malaysia tersebut dan isterinya, seorang warga Malaysia berusia 31 tahun, cuba meninggalkan Singapura tetapi ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan wang tunai $7,000 dan lebih RM900 ($302).



CNB berkata siasatan sedang dijalankan.



Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih 15g heroin tulen - keperluan seminggu 180 penagih - menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >