Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek pengedar dadah ditangkap lepas dikejar polis, pegawai CNB cedera

Feb 08, 2017 | 07:32 AM



SEORANG lelaki berusia 27 tahun yang disyaki mengedar dadah ditangkap pada awal pagi Selasa (7 Feb) selepas kejadian dramatik dikejar kereta polis.



Kejadian itu menyebabkan perlanggaran empat kereta dan mencederakan seorang pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB).



Ia berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam di Lentor Avenue menghala ke Yishun Avenue 2, lapor akhbar Lianhe Wanbao pada Selasa.



Kenderaan yang dilaporkan terlibat dalam kemalangan itu termasuk sebuah kereta sewa hitam yang dipandu suspek pengedar dadah itu, sebuah kereta polis dan sebuah kereta CNB.



Kereta keempat dilaporkan dipandu oleh pekerja syarikat sewa yang memiliki kereta yang disewa suspek, yang dihantar oleh majikannya untuk menjejak pelanggan.



Suspek cuba mengelak ditangkap selepas dihalang oleh Polis Trafik dalam satu operasi bersama, menurut CNB, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Kira-kira 4.3g dadah Ice, atau methamphetamine, ditemui dalam kereta suspek.



Seorang pegawai wanita CNB berusia 39 tahun dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedar.



Siasatan sedang dijalankan.



Mereka yang didapati bersalah memiliki atau mengambil methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun, denda $20,000, atau kedua-dua hukuman.



Sesiapa yang didapati bersalah menghasilkan methamphetamine atau sembarang garam methamphetamine boleh dikenakan hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >