Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek rompakan StanChart Holland Village tidak melawan apabila ditangkap

Jul 13, 2016 | 07:32 AM



ORANG yang disyaki merompak cawangan Standard Chartered Bank di Holland Village minggu lalu dikenal pasti media tempatan Thailand pada Selasa (12 Jul) sebagai David James Roach, seorang warga Canada berusia 26 tahun.



Dia ditangkap polis Thai pada Ahad di sebuah bilik asrama bercampur 12 katil di Boxpackers Hostel di daerah Ratchathewi yang popular di Bangkok.



Sejurus sebelum tengah hari, lebih 10 pegawai polis berpakaian preman dengan senjata ditangan dibawa seorang pekerja hotel asrama ke tingkat keempat. Beberapa tetamu diminta meninggalkan bilik secara senyap-senyap.



Para pegawai itu kemudian menangkap Roach, yang tidak melawan. Dua pegawai memegang tangannya apabila dia dibawa pergi dari asrama itu kira-kira 45 minit kemudian.



Wang tunai "berpuluh-puluh ribu dolar" dirampas oleh polis Thai berikutan penangkapannya, lapor akhbar Thai Kom Chad Luek.



Roach, yang dilahirkan di Sydney, Australia, sebelum menjadi warga Canada, masuk ke cawangan StanChart itu pada Khamis (7 Jul) lalu dan menyerahkan nota kepada juruwang, yang mengikut arahannya.



Dia kemudian melarikan diri dengan wang tunai kira-kira $30,000.



Akhbar Cina Shin Min Daily News berkata ini kali pertama Roach datang ke Singapura sebagai pelancong. Dia tiba beberapa hari lebih awal dengan niat melakukan jenayah itu.



Tidak lama selepas dikatakan merompak bank tersebut, dia menaiki teksi ke Lapangan Terbang Changi untuk penerbangannya yang ditempah terlebih dahulu.



Dia tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok kira-kira 5 petang waktu Thailand (6 petang waktu Singapura) pada hari sama.



Pada kira-kira 10 malam itu, Roach mendaftar masuk di Boxpackers Hostel dan membayar untuk penginapan dua malam. Dia membawa sebuah beg dan kelihatan tenang.



Oleh kerana bilik terhad, Roach tinggal di bilik berbeza setiap malam, lapor Shin Min.



Dia kemudian melanjutkan tempahannya untuk malam ketiga.



Sementara itu, dia dikesan penyiasat Thai, yang menggunakan rakaman kamera litar tertutup di asrama itu dan jalan-jalan sekitarnya.



Apabila disoal polis Thai kemudiannya, Roach menuntut dibenarkan bertemu seorang pegawai Kedutaan Canada.



Seorang pegawai kanan di Kedutaan Canada di Bangkok mengesahkan pada Selasa bahawa kedutaan itu menyediakan bantuan konsular kepada suspek.



Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Canada di Singapura berkata ia sedar seorang warganya telah ditahan di Thailand.



Polis Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk melihat apakah dia boleh diserahkan kepada Singapura.



Sehingga Selasa malam, Roach kekal dalam jagaan pihak berkuasa Thailand di sebuah pusat tahanan imigresen di Bangkok.



Polis Thai dijangka mengadakan sidang media mengenai kes itu pada Rabu (13 Jul).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >