PILIHAN Raya Umum (GE) tahun ini memperlihatkan persaingan paling hebat sejak sekian lama dan genting dalam membentuk masa depan Singapura, kata Menteri Pendidikan yang juga calon GRC Tampines, Encik Heng Swee Keat.
Lantaran itu, semua calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), termasuk pasukannya, telah bertemu dan menerangkan kepada penduduk mengenai rancangan parti itu pada masa depan sepanjang tempoh berkempen ini.