Swee Keat: PAP akan dengar suara rakyat 'lebih meluas, lebih mendalam'

MANDAT kuat yang pengundi beri kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum Jumaat lalu (11 Sep) menjadikan lebih penting bagi parti itu meningkatkan usaha berunding dan melibatkan rakyat dalam membentuk program dan dasarnya, kata Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat.

Sokongan dan keyakinan mereka terhadap PAP bermakna parti itu perlu "melibatkan rakyat dengan lebih meluas dan lebih mendalam", katanya pada Ahad (13 Sep) ketika melawat penduduk di GRC Tampines bagi mengucapkan terima kasih.

Dan beliau berharap lebih ramai orang akan menawarkan idea, mencadangkan penyelesaian dan menyertai pemerintah dalam memulakan projek bagi membina Singapura.

Encik Heng menerajui satu usaha pelibatan negara selama setahun bermula 2012 - Sembang Singapura Kita.

Semalam, beliau berkata walaupun melibatkan awam sentiasa menjadi sebahagian daripada cara PAP bekerja, usaha tersebut "pergiat proses itu dengan ketara".

Menurutnya, banyak kementerian telah membentuk unit bagi berunding dengan orang ramai sejak usaha tersebut, dan banyak dasar utama dilahirkan daripada perundingan awam "sangat serius".

Cara itu dalam mendapatkan idea daripada orang ramai akan diteruskan, katanya.

Encik Heng, yang mempengerusikan jawatankuasa pemandu SG50, juga mengiktiraf usaha penduduk dalam memulakan projek dari bawah bagi menyambut Jubli Emas Singapura.

Pasukan Encik Heng, yang turut disertai Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Encik Baey Yam Keng, Encik Desmond Choo and Cik Cheng Li Hui, mengalahkan Parti Perpaduan Kebangsaan (NSP), mendapat 72.06 peratus undi popular.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.