Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Keat: Pemerintah fikirkan tentang masa depan apabila gubal dasar

Sep 05, 2015 | 05:00 PM



PEMERINTAH memikirkan tentang jangka panjang dan melaksana dasar secara tersusun, baik berkaitan isu pekerjaan mahupun pendidikan, kata Menteri Pendidikan Heng Swee Keat.


Beliau membuat komen ini ketika bertemu penduduk GRC Tampines pada pagi Jumaat (4 Sep) bersama rakan beliau dalam pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP): Menteri di Jabatan Perdana Menteri (PMO) Masagos Zulkifli, Encik Baey Yam Keng, dan pendatang baru, Encik Desmond Choo serta Cik Cheng Li Hui.


Mereka ditentang pasukan Parti Perpaduan Nasional (NSP) yang terdiripada perunding undang-undang berpendidikan Cambridge, Encik Lim Tean, 50 tahun; pengarah eksekutif Sebastian Teo, 67 tahun; pengarah perniagaan Reno Fong, 46 tahun; perunding perniagaan Nor Lella Mardiiiah Mohamed, 41 tahun; dan pentadbir perniagaan Choong Hon Heng, 45 tahun.


Ditanya mengenai isu-isu yang lebih besar, seperti pekerjaan dan kenaikan kos sara hidup penduduk Tampines dan Singapura umumnya, ada daripadanya dibangkitkan oleh NSP, Encik Heng berkata pemerintah pimpinan PAP telah memberi respons kepada kedua-dua kebimbangan segera rakyat Singapura itu dan isu-isu lebih besar.


"Jika anda lihat dasar selama ini, kami amat tersusun.


"Baik mengenai pekerjaan mahupun menyiapkan anak-anak kita untuk menghadapi masa depan," katanya, sambil mengetengahkan dasar seperti skim Daya Kerja yang dilancarkan pada 2007 untuk menambah gaji pekerja berpendapatan rendah dan langkah pemerintah memperlahan aliran masuk pekerja asing sejak 2010.


Beliau menimbulkan inisiatif SkillsFuture untuk membina kemahiran mendalam dan kepakaran dalam kalan pekerja Singapura sebagai contoh dasar berpandangan ke hadapan.


Ditanya mengenai NSP meletak 'Pasukan A' parti itu di Tampines, Encik Heng berkata penduduk Tampines perlu membuat keputusan pasukan mana yang lebih baik.


"Kami mempunyai pasukan yang telah berada di sini, yang mempunyai kesinambungan, yang telah bekerja hari demi hari selama bertahun-tahun untuk memperbaiki kehidupan penduduk di Tampines.


"Penduduk akan mengadili pasukan mana satu yang secara konsisten telah melibatkan mereka, yang mempunyai idea untuk membawa Tampines ke depan, yang mempunyai idea untuk membawa Singapura ke depan," katanya, sambil menyebut tentang pelan pembangunan Tampines.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >