KADAR pengangguran rendah serta gaji yang dapat dipertahan di Singapura merupakan hasil "kemahiran, kemahuan dan penjiwaan" rakyat, dan pelajar perlu mengamalkan semangat yang sama demi masa depan mereka, kata Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, semalam.
Berucap di sesi pertama Majlis Upacara Tamat Pengajian Politeknik Temasek ke-26, beliau berkata jika terdapat satu liga antarabangsa bagi pekerjaan dan kemahiran, Singapura akan berada di tahap tertinggi.