Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Say: Pengurangan pekerja asing demi manfaat Singapura

Sep 08, 2015 | 11:22 AM



KEPUTUSAN mengurangkan tenaga kerja asing dan had perancangan penduduk seramai 6.9 juta orang yang dinyatakan dalam Kertas Putih Kependudukan ialah dua isu berasingan, kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say.


"Kedua-duanya bertujuan membawa manfaat kepada Singapura dalam dua cara berbeza," katanya ketika menjawab soalan media, selepas melawat rumah privet di Lucky Heights pada Isnin (7 Sep).


Pada hari Ahad, calon Parti Pekerja (WP), ahli sosiologi Daniel Goh, bertanya apakah had perancangan 6.9 juta penduduk masih sah, memandangkan pemerintah telah mengetatkan kemasukan pekerja asing.


Encik Lim menegaskan jumlah 6.9 juta penduduk bukan sasaran tetapi lebih merupakan alat bagi membantu merancang jangka panjang untuk prasarana, seperti perumahan dan pengangkutan awam.


"Malah, kami tidak mahu apa yang berlaku pada 2011 berulang pada masa depan," katanya. "Ingat, kesannya, kita terpaksa tergesa-gesa mempercepat pembinaan flat HDB dan sebagainya."


Mengurangkan jumlah pekerja asing pula bertujuan memastikan pertumbuhan tenaga kerja asing tidak mengatasi pertumbuhan tenaga kerja tempatan.


Ia juga bertujuan "mengukuhkan teras Singapura" dalam setiap sektor utama ekonomi, kata Encik Lim.


"Oleh itu, saya akan mengatakan bahawa dua perkara itu tidak bertentangan. Malah, kedua-duanya cuba menjaga kepentingan rakyat Singapura," tambah beliau.


Encik Lim juga tidak bersetuju dengan saranan WP agar pertumbuhan tenaga kerja asing dibeku.


Dalam manifesto terbarunya, WP mencadangkan jumlah pekerja asing dikekalkan jika sasaran pertumbuhan 1 peratus dalam tenaga kerja tempatan dicapai.


Jika cadangan itu dilaksana, tenaga kerja asing di Singapura mengalami "pertumbuhan sifar" sepanjang tiga tahun lalu, kata Encik Lim.


Ini akan menjejas syarikat kecil dan sederhana tempatan, yang menggajikan 70 peratus tenaga kerja Singapura.


Encik Lim mengetuai pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang termasuk Menteri Negara Kanan Lee Yi Shyan, Menteri Negara Mohamad Maliki Osman dan Anggota Parlimen Jessica Tan, di GRC East Coast.


Mereka ditentang pasukan WP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >