Swee Say: Warga Singapura raih faedah daripada dasar pekerja asing pemerintah

MENTERI Tenaga Manusia dan mantan ketua gerakan buruh, Encik Lim Swee Say, mempertahan rekod pemerintah PAP berhubung pekerja asing dalam rapat bagi GRC East Coast pada Khamis malam (3 Sep), dengan memetik angka bagi menunjukkan bahawa pekerja tempatan telah mendapat manfaat.

Encik Lim berkata pertumbuhan tenaga kerja tinggi sebelum ini dan langkah-langkah mengetatkan kemasukan pekerja asing yang diambil baru-baru ini adalah demi kepentingan rakyat Singapura:

"Saya ingin memberi jaminan,kami melakukannya untuk anda," katanya.

Beliau mengambil perhatian rasa tidak puas hati mengenai "terlalu ramai warga asing", dengan beberapa orang berpendapat adalah satu kesilapan "untuk membiarkan sangat banyak masuk".

Tetapi pertumbuhan tenaga kerja yang tinggi pada masa lalu adalah dalam konteks ketidakstabilan ekonomi, akibat krisis kewangan Asia 1997 - apabila 29,000 pekerja diberhentikan - hingga letusan gelembung dot.com, serangan pengganas 11 Sept 2001 ke atas Amerika Syarikat dan Sars pada 2003.

"Kita tidak tahu berapa banyak lagi turun naik di hadapan kita... Kami memutuskan kita perlu mencari jalan untuk memberi perlindungan lebih baik kepada pekerja Singapura kami."

Oleh itu, dasar 'rebut peluang apa ada' dilaksana.

"Firma dengan projek baik yang memerlukan lebih ramai pekerja boleh membawa mereka masuk. Dan pekerja-pekerja ini menjadi penampan dalam kegawatan," kata Encik Lim, sambil memetik beberapa "hasil konkrit".

Dari 2001 hingga 2003, jumlah pekerja tempatan yang mempunyai pekerjaan meningkat sebanyak 35,000 - tetapi bilangan pekerja asing jatuh sebanyak 70,000.

Semasa krisis kewangan global pada 2008 dan 2009, bilangan pekerja asing jatuh sebanyak 4,000, tetapi bilangan pekerja tempatan meningkat sebanyak 40,000.

Dasar itu baik bagi pekerja, tetapi terpaksa diubah kerana nisbah rakyat Singapura berbanding warga asing telah jatuh.

Pengurangan aliran masuk pekerja asing diumum dalam Bajet 2010, beliau berkata, sambil menambah bahawa sesiapa yang mendakwa dasar itu berubah kerana hasil Pilihan Raya Umum 2011 harus "menyemak rekod dalam Parlimen".

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.