PADA masa akan datang pemaju bangunan kediaman mungkin perlu menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi mendapatkan pengesahan Tanda Hijau untuk bangunan mereka.
Mengumumkan demikian dalam majlis perasmian Minggu Bangunan Hijau Singapura semalam, Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata Skim Tanda Hijau yang dikemas kini akan mengambil kira teknologi seperti alat mengesan masa sebenar penggunaan tenaga.