Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat didenda $150,000 disebabkan kematian pekerja

Apr 27, 2016 | 02:34 PM



SEORANG pekerja warga Bangladesh yang sedang menyenggara pemampat alat hawa dingin secara tidak sengaja menyebabkan letupan apabila beliau terhidupkan pembersih vakum, mengakibatkan percikan api yang menyalakan gas mudah terbakar.

Letupan dan kebakaran itu mengakibatkan kematiannya.

Pada Selasa (26 April) syarikatnya, Sing Wah Enterprise, didenda $150,000 selepas mengaku bersalah melanggar Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, kerana gagal mengambil langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan pekerjanya.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 15 Ogos 2012, Encik Abdul Joynal Sikder, dan dua rakannya pergi ke premis Toshiba Tec Singapore di Ang Mo Kio Street 2 untuk menukar gas penyejuk yang digunakan oleh dua pemampat dalam unit penyejukan.

Pemampat itu menggunakan gas hidrokarbon penyejuk yang amat mudah terbakar hingga Pasukan Pertahanan Awam Singapura memberitahu penggunanya, setahun sebelum itu, supaya berhenti menggunakannya dalam tempoh lima tahun kerana ia menimbulkan bahaya keselamatan,

Dalam kerja penyenggaraan itu, antara lain gas tersebut dilepaskan dari bilik melalui tingkap terbuka.

Pada kira-kira 10.15 pagi, Encik Sikder, 22 tahun, menghidupkan pembersih vakum untuk membuang sisa air di lantai, yang keluar semasa gegelung penyejukan dibasuh.

Tetapi itu menyebabkan percikan api dan letupan.

Rakan Encik Sikder melarikan diri melalui tingkap yang terbuka manakala Encik Sikder menerusi pintu bilik.

Ketiga-tiga mereka mengalami kelecuran dan dihantar ke hospital. Encik Sikder meninggal dunia empat hari kemudian. Punca kematian beliau ialah bronkopneumonia berikutan kelecuran teruk.

Semasa siasatan koroner pada April 2013, mahkamah mendengar bahawa pintu bilik itu ditutup dan hanya satu tingkap terbuka.

Koroner menegaskan bahawa menurut pakar, gas hidrokarbon lebih tumpat daripada udara, yang bermakna ia akan mendak di lantai.

Oleh itu, sistem pengudaraan aktif sepatutnya digunakan, memandangkan tingkap yang terbuka mungkin tidak mencukupi untuk ventilasi bilik.

Pegawai Pendakwa Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Encik Dalvinder Singh, meminta Sing Wah didenda $150,000.

Beliau berkata syarikat itu tidak mempunyai salinan risalah data keselamatan mengenai bahan pendingin hidrokarbon yang hendak dihapuskan. Dalam risalah itu terkandung arahan bagi pengendalian selamat dan tentang bahaya produk tersebut.

Pendakwa itu juga berkata kaedah betul bagi menggantikan gas penyejuk ialah menyimpan gas itu dalam tangki dan bukan melepaskannya ke udara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >