SEBUAH syarikat marin setempat telah dilarang menggajikan pekerja asing untuk tempoh dua tahun setelah Kementerian Tenaga Manusia mendapati ia mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja setempat.
MOM mendapati, Prime Gold International, telah menghentikan 13 pekerja Singapura dan menggantikan mereka dengan pekerja asing.
Para pekerja setempat itu telah membuat aduan kepada MOM Jun lalu. Menurut kementerian itu, pihaknya telah menyiasat kesemua aduan tersebut dan mendapati alasan yang diberikan syarikat tersebut - iaitu kelakonan kerja kurang memuaskan dan kelayakkan yang tidak mencukupi - sebagai tidak berasas.
Dalam kenyatannya, antara lain, MOM berkata langkah syarikat itu telah "menjejas mata pencarian warga Singapura yang bekerja". Kementerian itu menambah, ini merupakan kali pertama ia mengenakan tindakan larangan sedemikian.