Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat penerbangan ketepikan bayaran tempahan semula bagi penerbangan ke dan dari Jakarta

Jan 15, 2016 | 12:07 PM



BERIKUTAN serangan pengganasan di Jakarta pada Khamis (14 Jan), beberapa syarikat penerbangan mengumumkan mereka akan mengetepikan bayaran tempahan semula bagio penumpang yang mempunyai penerbangan ke atau dari ibu negara Indonesia itu dalam masa beberapa hari dan minggu ini.


Singapore Airlines, Tigerair Singapura dan Jetstar juga berkata penerbangan mereka ke dan dari Jakarta beroperasi seperti biasa.


SIA berkata dalam satu kenyataan di laman webnya ia tidak akan mengenakan bayaran bagi tempahan semula oleh pelanggan yang memegang tiket sah yang dikeluarkan pada atau sebelum 14 Januari, bagi penerbangan ke atau dari Jakarta sehingga 20 Januari.


Pelanggan yang menggunakan tempahan semula untuk mengubah tarikh penerbangan mereka perlu memulakan perjalanan menjelang 31 Januari.


Ini juga terpakai bagi tiket penebusan, ujar syarikat penerbangan itu.


Tigerair juga meletak satu kenyataan yang mengatakan ia akan mengetepikan bayaran tempahan semula atau bayaran tukar laluan bagi pelanggan yang seharusnya pergi atau pulang Jakarta dalam tempoh hingga 20 Januari.


Tambang atau perbezaan cukai mungkin dikenakan. Perjalanan yang ditempah semula mesti bermula menjelang 31 Januari.


Jurucakap Jetstar, Encik Robin Goh, berkata lebih sedozen panggilan dibuat kepada syarikat penerbangan itu oleh pelanggan yang bimbang.


"Jetstar mengetepikan bayaran bagi perubahan dan perbezaan tambang kepada pelanggan yang ingin mengubah rancangan perjalanan mereka ke atau dari Jakarta sepanjang tujuh hari akan datang," katanya.


Semua syarikat penerbangan itu menasihatkan pelanggan supaya tiba awal di lapangan terbang kerana protokol keselamatan telah dipertingkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >