Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat penerbangan Singapura mesti jejak penerbangan setiap 15 minit mulai 1 Julai

Mar 04, 2016 | 12:54 PM



PERATURAN pengesanan penerbangan baru akan dikenakan ke atas syarikat penerbangan Singapura mulai 1 Julai, dalam usaha Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) meningkatkan keselamatan udara.



Ia akan dikenakan ke atas syarikat penerbangan penumpang yang mengendalikan pesawat lebih 27,000kg dan membawa lebih 19 penumpang, serta pesawat kargo lebih 45,500kg.



Ini termasuk Singapore Airlines (SIA), SilkAir, Tigerair, Scoot, Jetstar Asia dan SIA Cargo.



Mereka dikehendaki memastikan pesawat mereka dikesan sekurang-kurangnya setiap 15 minit, sepanjang keseluruhan tempoh penerbangan.



Mulai 1 Julai, syarikat penerbangan akan diperlukan mengesan pesawat mereka sama ada secara manual atau secara automatik.



Bermula 8 Nov 2018, hanya pengesanan automatik akan dibenarkan, kata CAAS.



Langkah itu selaras dengan rancangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mewajibkan tempoh standard 15 minit untuk mengesan penerbangan biasa menjelang November.



Ketua Pengarah CAAS, Encik Kevin Shum, berkata: "Keselamatan awam masyarakat kembara sentiasa menjadi keutamaan kami. CAAS telah bekerja rapat dengan industri untuk memajukan pelaksanaan peraturan terkini mengenai pengesanan pesawat dipertingkat.



"Apabila dilaksana sepenuhnya, syarikat penerbangan kita mempunyai jaminan tambahan mengenai di mana dan keselamatan operasi pesawat mereka di seluruh rangkaian mereka."



Pemangku naib presiden kanan operasi penerbangan SIA, Kapten C.E. Quay, berkata: "Kami menyokong usaha meningkatkan keupayaan pengesanan penerbangan. Singapore Airlines sudah mematuhi peraturan baru CAAS , memandangkan kami telah meningkatkan keupayaan pengesanan penerbangan yang memberi kami pengawasan terperinci operasi penerbangan global kami."



Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Operasi Tigerair, Encik Ho Yuen Sang, berkata: "Kami telah bekerja rapat dengan CASS untuk mencapai tahap pengawasan dan pengesanan tertinggi bagi pesawat kami.



"Kami yakin peraturan yang diketuai industri ini satu langkah penting bagi keselamatan penerbangan, yang merupakan keutamaan kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >