PERNIAGAANNYA di Singapura dan Malaysia merosot sehingga 40 peratus, tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties (SCP), Encik Mohamed Salleh Marican, berkata beliau yakin dapat mengatasi cabaran ekonomi muram ini.
Walau akur sukar hendak meramalkan bila tempoh muram ini berakhir, Encik Salleh berkata perniagaannya kini lebih mampu bertahan berbanding semasa ia dimulakan sekitar empat dekad lalu.