DUDUK berhimpit di atas sofa bersama ibu dan abangnya untuk bergambar antara perkara yang Muhammad Altamis Zakur Haq Mohd Rashidi nantikan setiap 1 Syawal.
Namun, tahun ini kanak-kanak berusia 10 tahun itu kurang pasti apakah saat manis itu akan diteruskan memandangkan keluarganya kini cuma tinggal dua orang.