Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sylvia gesa undi calon muda WP demi pembaharuan kepimpinan parti

Sep 07, 2015 | 12:22 PM



Pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, malam tadi (6 Sep) menggesa pengundi supaya menyokong calon muda parti itu, semasa membangkitkan isu pembaharuan kepimpinan parti tersebut untuk kali pertama.


Semasa berucap dalam rapat WP bagi GRC East Coast dan SMC Fengshan di Simei Road, beliau meminta semua calon parti itu berumur di bawah 50 berdiri, dan berkata mereka mewakili kepimpinan masa depan WP.


"Inilah masa depan WP. Tolong beri mereka undi anda!" kata beliau, yang mendapat sorakan penonton.


Seramai 21 daripada 28 calon parti itu bagi Pilihan Raya Umum 2015 berusia di bawah 50 tahun.


Menggesa agar penguasaan lama Parti Tindakan Rakyat (PAP) dihentikan, Cik Lim berkata: "PAP telah berkuasa sekian lama, mereka menjadikannya sebagai hak mereka. Apabila pemegang jawatan baru berpotensi tidak dipilih, mereka marah kita. Mereka lupa siapa bos."


Beliau menggesa pengundi supaya mengundi calon WP supaya mereka dapat "belajar, mengurus majlis bandaran, bercakap dalam Parlimen dan menangani PAP".


"Apa akan berlaku jika pemimpin masa depan PAP berubah menjadi rasuah atau mementingkan diri sendiri? Satu-satunya cara untuk rakyat Singapura melindungi diri kita ialah dengan membeli polisi insurans - membina satu lagi parti yang boleh mengambil alih jika PAP gagal," katanya.


Menolak hujah Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong bahawa PAP boleh memeriksa dan mengimbangi dirinya sendiri, Cik Lim berkata:


"Bolehkah pemimpin PAP memberi jaminan kepada warga Singapura bahawa pemimpin masa depan PAP akan sentiasa bagus untuk Singapura? Tiada siapa boleh beri sebarang jaminan tentang bentuk pemimpin masa depan... Apabila manusia berubah, parti itu boleh berubah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >