Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sylvia Lim kekal di Aljunied?

Aug 14, 2015 | 10:50 AM



PENGERUSI Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, mungkin kekal mempertahankan kerusi beliau di GRC Aljunied dalam pilihan raya umum akan datang, menurut sumber-sumber parti itu semalam, sekali gus menolak spekulasi bahawa beliau dikerah untuk meningkatkan peluang WP di kawasan undi lain.


Spekulasi itu timbul selepas ketua WP, Encik Low Thia Khiang, enggan berkata apakah pasukan Aljunied beliau akan kekal tidak berubah dan Cik Lim memuat naik dalam talian gambar beliau sedang makan di Pasar dan Pusat Makanan Fengshan.


Gambar itu, yang pertama dalam akaun Instagram beliau yang baru dibuka, diiringi kapsyen "rasa Fengshan - syurga" dan hashtag samar "#reasonstowin" (sebabuntukmenang).


Bagaimanapun, sumber dalaman parti berkata perbualan dalaman menunjuk pasukan Anggota Parlimen WP di GRC Aljunied tidak akan berubah.


Seorang anggota parti itu berkata Encik Low mahu mengekalkan pasukannya Aljunied bagi "mengukuhkan undi pembangkang di GRC Aljunied".


Encik Low sendiri telah berkata beliau pasti bertanding di kawasan undi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >