INISIATIF terbaru Tabung Amal Aidilfiti (TAA) yang diberi nama Projek Gerak Masyarakat (PGM) telah dilancarkan sempena Karnival Kesihatan anjuran TAA semalam.
Inisiatif tersebut diperkenalkan dengan dua objektif - meningkatkan kesedaran penerima TAA akan bantuan lain yang ditawarkan oleh badan amal berbeza dan untuk merujukkan mereka kepada badan amal tersebut yang akan mengaturkan program bantuan dalam pelbagai bentuk dan tidak terhad kepada bantuan kewangan.