DANA Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) telah menetapkan sasaran minimum mengumpul $1.2 juta tahun ini.
Menurut Pengurus Kanan TAA, Encik Mohd Yahya Zakaria, sasaran ini timbul selepas keberkesanan TAA tahun lepas mengutip derma sebanyak $1.5 juta - sebanyak $880,000 dikutip sepanjang bulan Ramadan dan bakinya pula dikumpul menerusi konsert tahunan Sinaran Hati yang diadakan bulan November lalu.