Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Tabik 'spring' buat anak muda NSF

NS
Nov 05, 2017 | 05:30 AM



MATAHARI belum lagi terbit dan jam hanya menunjukkan 6.30 pagi.



Saya duduk seorang diri di perhentian bas di luar Akademi Home Team sementara menantikan rakan sekerja, Ervina, tiba.



Kami diberi tugas khas selama dua hari - menjalani latihan asas Perkhidmatan Negara (NS) yang dilalui anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) polis.



Sejujurnya, pemikiran saya ketika itu adalah: "Susah sangat ke NS ni? Setakat bersenam saja 'kan? Mesti kami boleh buat."



Ternyata pandangan saya itu salah.



Selama dua hari itu, saya dan Ervina dapat peluang ikut serta anggota NSF melakukan latihan seperti kelas taktik pertahanan polis, kelas undang-undang, balapan berhalangan (obstacle course) dan kelas menggunakan revolver.



Tentu sekali, bagi saya semuanya amat menyeronokkan tetapi pada masa yang sama, sangat meletihkan. Tubuh saya bagaikan 'terencat', rasa sengal di sana sini selepas itu.



Bukan mudah nak panjat dan lompat pagar pembahagi jalan raya. Nak petik picu revolver pun susah sebab jari kami tidak kuat.



Kepala pun sakit kerana banyak pembelajaran teori yang perlu difahamkan.



Selain menjalani latihan, kami juga dapat berinteraksi dengan jurulatih dan beberapa NSF dengan lebih dekat.



Apa yang membuat saya kagum adalah bukan hanya perubahan jasmani yang dilihat pada anak-anak muda ini malah transformasi minda yang perlu mereka lalui.



Kebanyakan NSF berusia 19 atau 20 tahun apabila mereka mula menjalani NS.



Daripada seorang remaja yang bersuka ria bersama teman di sekolah, mereka perlu mengubah minda dan perwatakan menjadi orang dewasa yang berdisiplin dan bertanggungjawab melindungi negara serta rakyatnya dalam masa yang singkat (latihan asas adalah sekitar 14 minggu sebelum mereka ditugaskan dalam vokasyen berlainan).



Mereka perlu berani berdepan dengan situasi yang mungkin boleh membahayakan diri mereka dan perlu membawa senjata. Ini satu kewajipan amat besar sekali yang perlu mereka galas.



Apa yang menakjubkan adalah NSF ini dapat memahami dan memupuk rasa tanggungjawab besar itu dalam diri mereka, bahawa keselamatan negara dan masyarakat terletak dalam tangan apabila mereka menyarungkan seragam biru polis.



Ini membuat saya benar-benar menghargai usaha yang dijalankan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam mempersiap anak-anak muda ini menjadi individu yang bertanggungjawab serta semangat dan dorongan yang ditonjolkan NSF yang bersedia melindungi rakyat dan negara.



Satu lagi perkara dalam latihan NS polis yang saya perhati amat dititikberatkan adalah aspek keselamatan dan kebajikan NSF.



Dalam setiap latihan yang dijalani, jurulatih memastikan NSF berada dalam keadaan sihat. Kata-kata dorongan selalu diberi dan jika seorang NSF itu berdepan dengan kesukaran melakukan suatu senaman atau kegiatan, mereka akan dibantu.



Apabila hujan pula, semua latihan dihentikan dan akan dijadualkan pada hari lain.



Pengalaman menjalani latihan NS selama dua hari itu mengubah persepsi saya tentang anak-anak lelaki muda yang menjalani NS.



Sebelum ini, saya anggap mereka tidak serius apabila menjalani NS tetapi kini saya tahu ramai daripada mereka sebenarnya bangga dapat berkhidmat untuk tanah air.



Saya tabik spring kepada semua anak lelaki Singapura, termasuk mereka yang pernah, sedang dan akan melalui pengalaman NS ini. Terima kasih kerana melindungi kita!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >