Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tada meterai MOU tingkat kebajikan pemandu, pekerja penghantaran

Nov 29, 2023 | 06:57 PM



Satu perkongsian baru telah dibentuk bagi meningkatkan kebajikan serta perwakilan pemandu platform dan pekerja penghantaran.

Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan firma pengendali platform Tada.

Ditandatangani pada 29 November, ia bertujuan untuk memperdalam kerjasama dan perkongsian maklumat, selain meningkatkan pembangunan kemahiran dan kebajikan rakan kongsi Tada.

MOU itu adalah langkah proaktif menjelang perubahan perundangan yang dijangka pada akhir 2024, yang akan menyaksikan penubuhan Badan Perwakilan Pekerja Platform (PWRB) yang rasmi.

Dalam satu kenyataan bersama, Tada, NPHVA dan NDCA komited untuk mengiktiraf badan ini semasa penubuhannya, menyediakan langkah yang lebih tersusun bagi mewakili kepentingan rakan kongsinya.

MOU itu juga akan melihat usaha meningkatkan kemahiran menerusi kursus terpilih, antaranya seperti dalam perkhidmatan pelanggan, teknik pemanduan lebih selamat serta dandanan peribadi. Semua ini bertujuan memastikan pengalaman perkhidmatan lebih baik untuk pengguna dan pekerja.

Selain itu, Tada akan memberi subsidi yuran keanggotaan untuk 600 rakan kongsi baru yang menyertai NTUC, dengan syarat mereka melengkapkan 200 perjalanan dalam bulan pertama mereka.

MOU itu juga menetapkan bidang kerjasama lain di mana semua pihak bersetuju untuk meneliti, antara lain, amalan adil yang berkaitan dengan kebajikan rakan kongsi, keupayaan memperoleh pendapatan dan mewujudkan rangka kerja untuk pengurusan pertikaian dan rungutan.

Acara menandatangani perjanjian itu dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Tada, Encik Sean Kim; serta wakil dari NPHVA serta NDCA.

Ia menandakan satu langkah penting dalam memperjuangkan hak pekerja platform, dengan tumpuan pada kecukupan kewangan jangka panjang, perlindungan perubatan dan kecederaan yang mencukupi serta perwakilan yang lebih baik.

Encik Kim menekankan kepentingan MOU itu, sambil berkata: “Penubuhan kerjasama kami dengan NTUC ini adalah bukti dedikasi kami untuk memajukan kepentingan pemandu kami.”

Beliau juga telah memperkenalkan inisiatif subsidi tuisyen untuk keluarga pemandu Tada yang dikenali sebagai Program Sokongan Pendidikan Tada Gear Up.


Setiausaha Agung NPHVA, Encik Joseph Goh, meluahkan rasa gembira dengan MOU itu, sambil menyatakan ia mencerminkan komitmen untuk meningkatkan perwakilan pemandu platform.

Sementara itu, Setiausaha Agung NDCA, Encik Max Tay, berkongsi sentimen yang sama, menekankan dedikasi persatuan untuk menambah baik persekitaran kerja untuk pekerja penghantaran.

Beliau berkata: “Perkongsian ini mengesahkan komitmen NDCA untuk memperjuangkan kepentingan pekerja dalam sektor penyampaian.

“Kami akan terus melibatkan lebih ramai pengendali penghantaran dan berusaha ke arah persekitaran kerja yang adil dan mampan untuk pekerja penghantaran kami.”

MOU itu merupakan perjanjian kedua seumpamanya di Singapura berikutan MOU yang ditandatangani dengan pengendali platform lain.

Perjanjian ini membuka ruang bagi perwakilan pekerja platform yang lebih kukuh, membolehkan perundingan syarat dan peraturan kerja lebih baik serta hubungan pengurusan pekerja yang lebih harmoni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >