Tafakur seminit di Lapangan Terbang Changi

LAPANGAN Terbang Changi akan mengadakan upacara bertafakur selama seminit di ketiga-tiga terminalnya, sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Pengumuman awam akan dibuat kepada para penumpang dan pelawat di seluruh lapangan terbang itu termasuk kawasan transit, awam, dan kakitangan.

Ia akan diadakan sebelum dan sesudah bunyi semboyan, menandakan permulan upacara itu, kata Kumpulan Lapangan Changi dalam satu kenyataan.

Kesemua 181 skrin televisyen di ruang-ruang menunggu di seluruh Lapangan Terbang Changi juga akan menayangkan lintas langsung upacara pengkebumian negara mendiang Encik Lee.

Terdapat juga penghormatan khas di lantai keberangkatan di Terminal 3 mengenai warisan peninggalan mendiang Encik Lee dalam bidang aviasi Singapura.

Perarakan persemadian mendiang Encik Lee telah pun bermula pada 12.30 tengah hari tadi dan akan melintasi beberapa mercu tanda sebelum tiba di Pusat Budaya Universiti di mana upacara pengkebumian akan berlangsung.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.