Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahi judi gelap lebih $300,000 dipenjara tujuh tahun

Apr 06, 2017 | 12:23 PM



SEORANG tahi judi yang bertugas sebagai eksekutif perakaunan sanggup memalsukan 21 cek syarikat bernilai lebih $300,000 dalam masa lebih lima bulan.



Ini merupakan kali ketiga Tay Hui Ling, menghadapi tuduhan serupa - dia pernah dipenjara dua kali, pada 2001 dan 2008.



Semalam, wanita berusia 42 tahun itu diperintahkan menjalani latihan pemulihan selama tujuh tahun, satu rejim untuk pesalah bentan yang tidak menawarkan penguranan tempoh penjara jika berkelakuan baik.



Tay diambil bekerja oleh firma hartanah Murray. Pengarahnya, Encik Satinder Singh Garcha, 44 tahun, merupakan seorang karyawan berpendapatan tinggi kelahiran India dan merupakan seorang warga Singapura.



Encik Singh telah melaburkan $250 juta sejak beberapa tahun lalu dengan membeli hartanah warisan dan merubahnya menjadi hotel mewah di sini dan di Santiago, Chile.



Tay mengaku bersalah bagi lapan daripada 21 tuduhan memalsukan cek OCBC Bank yang didakwa dikeluarkan oleh Murray.



Jumlah keseluruhan bagi kesemua tuduhan adalah $366,242.



Mahkamah diberitahu bahawa Tay, yang menyertai syarikat itu pada Oktober 2015, telah diamanahkan dengan sebuku cek kosong OCBC bagi membolehkannya mengeluarkan cek untuk pelanggan dan pemiutang.



Antara 1 Disember 2015 dan 28 April tahun lalu, dia memulakan skim melibatkan cek kosong.



Dia akan memasukkan namanya sebagai penerima bayaran, memasukkan jumlah yang perlu dibayar kepadanya, dan dengan menipu meletakkan tanda tangan Encik Singh, yang merupakan penandatangan yang dibenarkan.



Tay kemudian memasukkan kesemua cek ini ke akaun banknya sendiri atau menunaikannya dan mendapat wang tunai langsung dari pihak bank.



Encik Singh, yang juga diketahui menjadi kapten pasukan polo Singapura di Sukan SEA dan meraih pingat perak, telah melaporkan kepada polis pada 5 Mei lalu selepas Tay membuat pengakuan.



Tiada bayaran balik dilakukan Tay.



Mahkamah diberitahu bahawa Tay telah menggunakan wang itu untuk berjudi.



Denda maksimum untuk pemalsuan adalah 15 tahun penjara dan disaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >