AGRA, INDIA: Taj Mahal dibuka semula kepada pengunjung pada Isnin (21 September), dalam satu perbuatan simbolik untuk menunjukkan ekonomi negara itu kembali dibuka, meskipun bilangan jangkitan Covid-19 di India dijangka mengatasi Amerika Syarikat.
Ini bermakna India menjadi negara paling banyak dijangkiti koronavirus.
India, yang mempunyai 1.3 bilion penduduk dan menempatkan sebahagian bandar dengan bilangan penduduk paling ramai di dunia telah melaporkan lebih 5.4 juta kes Covid-19. Sekitar 100,000 jangkitan baru dan lebih 1,000 kematian dilaporkan setiap hari.