E-MEL memancing data yang cuba menipu mangsa agar memberi maklumat peribadi terus menjadi ancaman siber signifikan di Singapura, dengan hanya segelintir responden satu tinjauan dalam talian mengenal pasti dengan betul semua e-mel memancing data yang ditunjukkan kepada mereka.
Dalam satu tinjauan dalam talian awam oleh Agensi Keselamatan Siber (CSA) December lalu, dua pertiga daripada 1,000 responden berkata mereka tahu mengenai pancingan data.