Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LEE KUAN YEW 1923-2015

Takziah dari Cambridge: Pemergian Encik Lee kehilangan yang sukar digambarkan

Mar 25, 2015 | 09:08 AM



PEMERGIAN Perdana Menteri pertama Singapura Encik Lee Kuan Yew ialah kehilangan yang sukar digambarkan bagi Singapura dan pertubuhannya, kata Persatuan Malaysia dan Singapura Universiti Cambridge (Cumsa) dalam kenyataan kepada anggotanya yang diterbitkan petang Selasa.


Mendiang Lee, yang meninggal dunia kelmarin, memulakan CUMSA - dahulu dikenali sebagai Persatuan Malaya Universiti Cambridge - lebih enam dekad lalu dan adalah presiden pertamanya. Beliau juga ialah felo kehormat Kolej Fitzwilliam di Cambridge. Mendiang Lee menuntut di Cambridge dari 1947 hingga 1949 dan bukan sahaja meraih kepujian kelas pertama malah meraih ijazah undang-undang sebagai siswazah terbaik kohortnya.


Dalam kenyataannya yang dikirim kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura, jawatankuasa CUMSA15/16 berkata ia berbesar hati kerana pertubuhan bagi mahasiswa Cambridge dari Singapura dan Malaysia masih kekal berperanan menyatukan bukan sahaja anggota dari kededua negara malah anggota dari negara lain.


"Kami menerima dengan hati yang berat, berita tentang pemergian Encik Lee Kuan Yew, 91 tahun...


"Pemergian Encik Lee ialah kehilangan yang sukar digambarkan bagi kededua Singapura dan masyarakat CUMSA. Beliau ialah bapa perintis, perintis negara dan negarawan yang hebat dan akan dirindui dengan amat," kata CUMSA dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >