Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman air panas di Sembawang akan diluaskan

Nov 26, 2017 | 05:30 AM



SATU-SATUNYA kawasan mata air panas semula jadi di tanah besar Singapura, Sembawang Hot Spring, akan dibangunkan untuk menjadikan taman itu 10 kali saiznya sekarang dan bakal mempunyai sebuah kafe, tandas dan laluan yang dipenuhi flora dan fauna.



Kerja-kerja pembinaan akan bermula pada awal 2018 dan akan siap menjelang 2019, kata Lembaga Taman Negara (NParks) semalam.



NParks berkata ia akan melihat cara bagaimana memastikan orang ramai masih boleh mengunjungi taman itu semasa tempoh pembinaan.



Apabila siap nanti, laluan flora yang antaranya mempunyai bunga oleander, menyambut pengunjung di gerbang masuk Sembawang Hot Spring Park.



Akan terdapat juga tandas dan kafe, yang akan mempunyai pokok renek dan tumbuhan menjalar di dindingnya, agar suasana harmoni dengan kehijauan di sekitarnya. Pokok buah-buahan seperti ciku dan rambutan juga akan ditanam di sekitarnya.



Untuk menggantikan saluran paip utama sedia ada yang mengalirkan air panas, sebuah kolam akan dibina bagi menampung air mengalir.



Kesan air yang mengalir akan membantu mendinginkan suhu air panas agar orang ramai dapat mencelup kaki ke dalam kolam.



Kolam itu juga akan dilengkapi dengan meter suhu.



Mereka yang masih mahu menadah air panas dalam baldi boleh berbuat demikian di pusat penadahan air.



Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) yang juga Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Ong Ye Kung, yang merupakan tetamu terhormat acara pendedahan pelan itu, berkata:



"Kita duduk dalam hutan konkrit... untuk mendapatkan permata seperti ini di tengah-tengah Singapura amat jarang berlaku, justeru kami bertekad memastikan tempat ini dijaga dengan semangat kampung dan suasana desa terus diabadikan."



Aspek lain termasuk pembinaan untuk menyalurkan air dari kolam ke dalam sistem parit.



Kawasan tempat duduk terlindung, rak basikal dan kawasan penyimpanan untuk baldi juga akan ditambah.



NParks mahu mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai pelan taman itu sehingga 10 Disember dan akan membuat perubahan jika perlu.



Kolam air panas kini terletak di kawasan Pangkalan Udara Sembawang, berhampiran persimpangan jalan Sembawang dan Gambas Avenue, di sepanjang Jalan Ulu Sembawang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >