Taman Warisan Melayu jadi monumen negara; Masjid Al-Istighfar dipertingkat

NUR ADILAH MAHBOB

ISTANA Kampong Gelam, bangunan berusia lebih 170 tahun yang kini menempatkan Taman Warisan Melayu, akan diwartakan sebagai monumen negara pada 6 Ogos ini.

Sementara itu, Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris, yang siap pada 1999, akan dipertingkat bermula pertengahan pertama tahun depan untuk menampung 500 lagi jemaah, berbanding 3,500 hari ini.

Ini diumum Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di Majlis Perjumpaan Hari Raya hari ini (31 Julai), acara tahunan yang dihos beliau bersama Anggota Parlimen (AP) Melayu Pemerintah lain.

Dalam ucapannya, Dr Yaacob berkata kerja peningkatan Masjid Al-Istighfar akan dijalankan dalam dua fasa - bermula dengan pembinaan kemudahan solat sementara sebelah masjid dan kemudian sebuah ruang sambungan untuk menambah tempat solat yang tetap.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.