Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Tambah seri peserta NDP

Aug 09, 2016 | 05:30 AM



PERASAAN gementar mencengkam jiwa Cik Nursyahirah Senin, 22 tahun, ketika kali pertama menyolek wajah peserta Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2016.



Masakan tidak, ini kali pertama lulusan Akademi Cosmoprof jurusan menyolek itu terlibat dalam sambutan besar-besaran tahunan itu.



Bahkan, ia kali pertama Cik Nursyahirah perlu menyolek peserta yang terdiri daripada insan berlainan upaya. Beliau perlu menyolek sekitar 10 peserta - setiap satu mengambil masa sekitar 15 minit.



Berbekalkan ketelitian dan kesabaran, beliau terus menyolek peserta mengikuti keperluan persembahan dan sifat mereka.



Anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu berkata:



"Menyolek golongan berlainan upaya merupakan pengalaman baru bagi saya. Ia mempunyai cabaran tersendiri, namun ini mengajar saya erti kesabaran."



Menurut Cik Nursyahirah, beliau melibatkan diri dalam dunia solekan tahun lalu setelah diusik oleh sepupu perempuan lain kerana tidak mengenakan solekan.



Lantas, beliau memutuskan mahu mendalami ilmu menyolek lalu memberitahu ibunya.



"Selepas mendapat tahu mengenai hajat terpendam ini, ibu mendaftarkan saya ke dalam kursus solekan Akademi Cosmoprof sebagai hadiah ulang tahun ke-21," ujarnya.



Menurut beliau, suasana pembelajaran di akademi tersebut agak mencabar memandangkan beliau tidak mempunyai latar belakang atau ketahui selok-belok menyolek.



"Sebelum ini, saya memang tak suka menyolek langsung. Lagipun, saya anak perempuan pertama dalam kalangan empat beradik lelaki, jadi saya dibesarkan dalam suasana yang agak 'kasar'. Justeru, apa-apa perihal solekan memang saya tidak tahu langsung," ujarnya.



Bahkan, menariknya, pelajar lelaki yang menuntut bersamanya ketika itu pun sekurang-kurangnya tahu sedikit mengenai solekan.



Lambat-laun, beliau berjaya menggarap konsep dan selok-belok menyolek hasil kerap berlatih.



Keyakinan dirinya dan tahap kepuasan pun semakin bertambah apabila beliau dapat menyolek wajah peserta mengikut apa yang mereka sukai.



INFOGRAFIK:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >