Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang dijangka meningkat sedang pemerintah terus melabur dalam pengangkutan awam

Mar 07, 2018 | 02:24 PM



PENUMPANG akan dapat melihat peningkatan pada perkhidmatan pengangkutan awam pada tahun akan datang selepas pemerintah mengumumkan bahawa mereka akan terus melabur bagi khidmat pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.



Walau bagaimanapun, mereka perlu menjangkakan kenaikan kepada tambang.



Semasa perbahasan Belanjawan bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Parlimen hari ini (7 Mac), Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata belanjawan kementeriannya kini merupakan antara yang terbesar, hanya di belakang Kementerian Pertahanan (Mindef).



“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami akan menyediakan subsidi sekitar $5 bilion untuk perkhidmatan bas awam dan $4 bilion untuk memperbaharui aset operasi kereta api kami. 



“Sekitar$ 20 bilion juga akan dilaburkan dalam infrastruktur untuk mengembangkan lagi rangkaian pengangkutan awam,” kata Encik Khaw.



Encik Khaw menyatakan bahawa kepercayaan terhadap sistem MRT telah meningkat dengan ketara.



Memberi contoh, beliau berkata Laluan Utara-Selatan (NSL) yang telah menjalani peningkatan pada sistem isyaratnya, mencatatkan lebih 600,000 kilometer sebelum sebarang masalah berlaku bagi Januari dan Februari tahun ini.



Peningkatan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam ini telah meningkatkan kos operasi sebanyak sekitar 60 peratus dan telah ditanggung oleh pemerintah.



Encik Khaw menambah, pada masa hadapan, penumpang mungkin perlu mengongsi kos kenaikan itu.



“Meskipun tambang pengangkutan mesti kekal berpatutan, kami mesti berhati-hati agar tidak menetapkan harga tambang yang terlalu murah, kerana mengekalkan sistem pengangkutan berkualiti tinggi memerlukan sumber.



“Tambang murah mungkin popular, namun ia tidak dapat berkekalan,” kata Encik Khaw.



Encik Khaw berkata Majlis Pengangkutan Awam sedang mengkaji formula tambang kerana “formula sekarang ini tidak mencukupi”.



“Ia boleh diperbaiki untuk memantau kos keseluruhan dengan lebih baik. Saya yakin mereka boleh membuat persiapan yang adil dan mampan,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >