BANK setempat POSB telah melancarkan satu skim baru bagi membolehkan 100,000 penumpang menaiki kereta api MRT dan LRT serta bas secara percuma tanpa had setiap Jumaat, dari lusa hingga hujung tahun ini.
Di bawah usaha yang dikenali sebagai Fare Free Friday itu, pemilik kad kredit Everyday POSB atau kad debit PAssion POSB harus menghubungkan kad mereka dengan EZ-Reload yang membolehkan mereka menokok kad mereka secara automatik.