Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang sehingga 50 sen lebih rendah jika naiki MRT sebelum 7.45 pagi bagi semua stesen MRT

Oct 30, 2017 | 05:40 PM



Penumpang yang menaiki MRT sebelum 7.45 pagi pada hari biasa di semua stesen, akan menikmati tambang sehingga 50 sen lebih rendah.



Perubahan itu akan dilaksanakan bermula 29 Disember ini hasil semakan tahunan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) yang sudah pun diterima pemerintah.



Tambang lain tidak akan berubah.



"Sekitar 300,000 penumpang MRT sudah pun menaiki MRT sebelum waktu sibuk sebelah pagi dan akan memanfaatkan tambang lebih rendah ini. Kami berharap tambang lebih rendah ini akan menggalak lebih ramai penumpang beralih menaiki MRT sebelum waktu sibuk,'' kata pengerusi PTC, Encik Richard Magnus.



Ketika ini, penumpang tidak membayar sebarang tambang jika mereka keluar dari 18 stesen MRT di kawasan bandar sebelum 7.45 pagi. Namun, perubahan baru itu akan meliputi semua 157 stesen MRT.



Misalnya, seorang penumpang dewasa yang menaiki MRT sebelum 7.45 pagi di Stesen MRT Jurong East ke Bishan akan membayar tambang $1.11 berbanding $1.61 ketika ini.



Seorang pelajar, yang membayar tambang konsesi, tidak akan membayar tambang apa-apa dari Stesen MRT Beauty World ke Stesen MRT Tan Kah Kee, berbanding 42 sen yang dibayar ketika ini.



Dengan perubahan itu, ujian Perjalanan Sebelum Waktu Sibuk Percuma (FPPT) dan Pas Luar Waktu Sibuk (OPP), akan dimansuhkan akhir Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >