Tanam pokok untuk mendiang Encik Lee

SEKITAR 100 kakitangan Gardens by the Bay telah mengadakan satu acara menanam pokok pagi tadi sebagai penghormatan kepada mantan Perdana Menteri Singapura pertama yang meninggal dunia Isnin lalu.

Pokok yang diberi nama Sepetir Daun Tebal, yang merupakan sejenis pokok asli di hutan-hutan kecil Singapura telah ditanam di Golden Garden, dekat pintu masuk tarikan itu.

Sebuah papan tanda yang mengiktiraf mendiang Encik Lee Kuan Yew sebagai bapa bandar taman Singapura, turut dirasmikan di majlis tersebut.

Pokok muda setinggi 13 meter itu yang mampu mencapai ketiggian sehingga 70 meter sepatutnya ditanam Encik Lee semasa satu lawatan yang dirancangnya awal tahun ini.

Mendiang mula menanam pokok sekitar 51 tahun lalu sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengekalkan sekitaran hijau Singapura, dan tidak pernah terlepas berbuat demikian setiap tahun selepas itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gardens by the Bay, Dr Tan Wee Kiat, berkata:

"Encik Lee memimpin pergerakan bandar taman dengan menanam pokok pertamanya.

"Beliau sepatutnya menanam pokok itu di sini, maka kami rasa amat sesuai untuk menyelesaikan usaha yang dirancang itu hari ini."

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.