Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tangani jangkitan: Dunia perlu tingkat kerjasama global, wujudkan persaingan sihat

May 21, 2021 | 05:30 AM



DUNIA sekali lagi berada di persimpangan dalam menentang Covid-19 dan jika ia tidak meningkatkan kerjasama global, dunia mungkin terjebak dalam kitaran gelombang jangkitan yang tidak ada penghujungnya.



Kerjasama sedemikian hanya dapat dilakukan jika ada keadaan global yang stabil, yang kini semakin tertekan dek persaingan strategik antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin meningkat.



Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di Persidangan Antarabangsa ke-26 mengenai Masa Depan Asia, yang lebih dikenali sebagai persidangan Nikkei.



"Bagi kedua-dua AS dan China, pertimbangan domestik tetap terpenting. Mereka dua-dua tidak mampu tampil lemah atau seakan mengaku kalah kepada yang satu lagi," kata beliau.



Beliau menambah bahawa bukan perkara yang ganjil bagi kuasa besar untuk berselisih pendapat atau bersaing untuk mendapatkan pengaruh.



Apa yang penting, katanya, adalah persaingan dilakukan dalam kerangka yang stabil untuk meredakan ketegangan, dan untuk mengelakkan situasi di mana kepentingan yang berbeza mencegah kedua-dua belah pihak bekerjasama.



"Kuncinya adalah bagi kedua-dua pihak... membina keyakinan dan kepercayaan serta bersaing dalam sistem berasaskan peraturan di mana terdapat peraturan dan norma penglibatan yang ditetapkan.



"Persaingan sihat boleh memacu inovasi untuk mewujudkan huraian lebih baik kepada cabaran yang dihadapi dunia," ujar Encik Heng.



Beliau turut melahirkan harapan bahawa AS dan China akan dapat membangunkan rangka kerja bagi persaingan stabil dengan memberi tumpuan pada bidang kepentingan bersama.



Namun, beliau mengingatkan bahawa persaingan strategik AS-China mungkin meningkat.



"Saya bercakap bagi banyak negara, negara dalam rantau ini yang kami alu-alukan dan mahu memperkukuh hubungan dengan AS dan China. Di Asia Tenggara, kami mengalu-alukan kerjasama dan sokongan berterusan mereka bagi kepentingan dan kesatuan Asean," ujar Encik Heng lagi. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >