Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tangani perubahan iklim hari ini: Desmond Lee

Jun 07, 2023 | 06:18 PM



Kesan perubahan iklim sedang berlaku, dengan negara ini telah pun mengalami hari paling panas dalam tempoh 40 tahun pada 13 Mei lalu apabila suhu cuaca mencecah 37 darjah Celsius, manakala 2022 adalah antara tahun yang ditimpa paling banyak hujan sejak 1980.

Walaupun sains perubahan iklim mungkin masih berkembang dan orang ramai masih belajar tentang sejauh mana kesannya, tindakan mesti diambil hari ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada Rabu, sedang beliau menggariskan apa yang negara ini sedang lakukan untuk menyahkarbonkan serta mengukuhkan pertahanan negara terhadap kesan perubahan iklim.

Beliau berkata lebih 20 peratus pelepasan karbon Singapura datang daripada bangunan, dan beberapa cara untuk mengurangkan pelepasan di sana adalah untuk menggunakan tenaga elektrik daripada sumber tenaga hijau dan membangunkan bandar, daerah dan bangunan yang mampan.

“Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita untuk mencari cara inovatif bagi meratakan keluk pelepasan yang disebabkan oleh pembandaran,” kata Encik Lee pada hari kedua persidangan Minggu Ecosperity di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.

Beliau menukil Pelan Induk Bangunan Hijau Singapura, yang melakarkan matlamat 2030 untuk menghijaukan 80 peratus bangunan di sini mengikut keluasan lantai kasar dan memastikan 80 peratus bangunan baru akan diklasifikasikan sebagai pengguna tenaga lebih rendah.

Matlamat ketiga adalah untuk membolehkan bangunan hijau terbaik di sini untuk mempunyai peningkatan 80 peratus dalam kecekapan tenaga menjelang 2030, berbanding standard pada 2005, dengan bantuan penyelidikan dan inovasi.

Pada pertengahan 2022, Skim Insentif Tanda Hijau telah dilancarkan untuk membantu pemilik bangunan memanfaatkan geran untuk mengubah suai bangunan mereka dan menjadikannya lebih cekap tenaga.

Walaupun dengan sasaran 2030 itu, laporan yang dikeluarkan pada April lalu oleh Schneider Electric dan Majlis Bangunan Hijau Singapura menyatakan, tiga dalam lima syarikat di sini tidak biasa dengan konsep bangunan hijau.

Singapura menyasarkan untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih sifar menjelang 2050, dan pemacu utamanya ialah menghijaukan sumber tenaga dengan memanfaatkan tenaga suria, grid kuasa serantau dan bahan api hidrogen, tambah Encik Lee.

Menurut laporan mengenai ekonomi hijau Asia Tenggara yang dikeluarkan pada Selasa, terdapat cabaran ketara berkaitan kos modal yang lebih tinggi untuk membuat pelaburan hijau, terutamanya dalam tenaga yang boleh diperbaharui, disebabkan oleh keprihatinan mengenai pulangan yang tidak mencukupi.

Encik Lee juga menekankan bagaimana kawasan kejiranan baru seperti Daerah Tasik Jurong dirancang dengan kemampanan sebagai keutamaan.

Dirancang sebagai daerah pusat perniagaan kedua di Singapura, Daerah Tasik Jurong tidak akan mempunyai banyak kereta, dan menggunakan rangkaian penyejukan daerah berpusat yang menggunakan kurang tenaga untuk jumlah penyejukan yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >