Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Tanggungjawab moral pemerintah wujudkan pekerjaan lebih baik

May 16, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Tenaga Manusia dan Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad menyeru agar pasaran buruh kekal responsif terhadap perubahan pesat yang berlaku di dunia di samping memastikan sistem sokongan yang wujud bagi membantu pekerja terus bersifat inklusif.



Sedang syarikat disusun semula bagi menghadapi perubahan pesat dalam peringkat sejagat, beliau berkata mutu pekerjaan juga harus bertambah baik agar pekerja menikmati pendapatan lebih tinggi.



"Agenda nasional kita ialah membantu syarikat merombak dan mewujudkan mutu pekerjaan lebih baik bagi pekerja kita agar mereka dapat bersaing di peringkat antarabangsa..



"Jika syarikat kita berjaya dirombak dan berkembang, para pekerja kita akan dapat mengambil pekerjaan bermutu dan gaji lebih baik,'' ujar Encik Zaqy, dalam ucapannya dalam perbahasan bagi Ucapan Presiden Halimah Yacob.



Ia merupakan ucapan Encik Zaqy yang pertama di Parlimen sebagai Menteri Negara (Tenaga Manusia dan Pembangunan Nagara).



Dalam ucapannya, beliau berkata dasar harus dilaksanakan dengan baik dan setiap pekerja mempunyai minda yang boleh menyesuaikan dengan perubahan.



Semasa bekerja di firma khidmat profesional Ernst & Young, beliau melihat bagaimana penggunaan kecerdikan buatan (AI) boleh melaksanakan tugas seorang auditor dengan lebih pantas, mencerminkan betapa golongan karyawan juga tidak terkecuali dengan perubahan pesat dalam teknologi dan perlu mengemas-kini kemahiran mereka.



Perubahan pesat itu adakalanya menyebabkan pekerja rasa tidak menentu lantas, pemerintah berperanan membantu pekerja menguruskan ketidaktentuan dan membangunkan keyakinan agar menyesuaikan dengan perubahan itu, tambahnya.



Pelaksanaan Perancangan Perubahan Industri (ITM), yang melakarkan rancangan bagi menyusun-semula 23 industri, boleh membantu syarikat merancang bagi mengaup peluang hadapan di samping membantu pekerja mengetahui kemahiran yang boleh diasah.



"Rombakan industri tidak hanya dilaksana oleh syarikat besar dalam industri tetapi juga syarikat kecil dan sederhana (SME), yang boleh memanfaatkan Skim Pembangunan Syarikat Lean bagi melabur dalam produktiviti.



"Kita mahu semua syarikat merombak dan berkembang dalam ekonomi yang disusun-semula dan menyesuai untuk mengaup peluang termasuk di luar negara,'' jelas Encik Zaqy.



Namun, syarikat yang dapat menyesuai dengan pantas memerlukan pekerja yang dapat menyesuaikan diri mereka juga untuk kekal relevan dan responsif.



Program Penukaran Karyawan (PCP) telah membantu pekerja meningkatkan diri dan berpindah ke sektor lain atau jawatan lain dalam sektor yang sama.



Sedang tenaga kerja setempat terus menyesuaikan diri dengan perubahan, Encik Zaqy menyatakan keperluan bagi negara mempunyai sikap terbuka bagi menerima tenaga buruh asing bagi melengkapi pekerja setempat.



Dasar pekerja asing berpandu terhadap tiga objektif untuk mendorong pertumbuhan berdasarkan produktiviti, meningkatkan mutu pekerja asing serta menyediakan kelonggaran bagi memenuhi keperluan perniagaan yang berkembang, tambahnya.



Merujuk kepada ucapan Anggota Parlimen (AP) Foo Mee Har (GRC West Coast), Encik Zaqy berkata pekerja asing diperlukan bagi memenuhi bidang pertumbuhan yang menghadapi kekurangan pekerja setempat berbakat.



Mengongsi keprihatinan mengenai jurang pendapatan terutama di kalangan pekerja bergaji rendah, beliau menegaskan pentingnya meningkatkan gaji pekerja bergaji rendah dan menyokong keluarga mereka.



Bagi memastikan gaji mereka dapat ditingkatkan secara berterusan, daya penghasilan mereka harus ditingkatkan, skim daya kerja disediakan bagi membantu golongan bergaji rendah membangunkan dana persaraan dan menambah pendapatan mereka serta menyediakan peluang agar mereka terus meningkatkan kemahiran dan kekal bekerja.



Model Gaji Progresif (PWM) yang diperkenalkan bagi sektor pembersihan, keselamatan dan landskap, telah membantu meningkatkan gaji lebih 70,000 pekerja berpendapatan rendah.



Memberi contoh, Cik Farah Aqil bermula sebagai seorang pekerja pembersihan di NAFA Systems Service 10 tahun lalu dengan gaji $750.



Sejak beberapa tahun lalu, beliau menerima cabaran meningkatkan kemahiran, mengoperasikan mesin baru dan menjadi penyelia.



"Kini, beliau merupakan seorang penyelia pembersihan dan mempunyai gaji lebih seganda dari apa yang beliau nikmati,'' ujar Encik Zaqy.



Beliau melahirkan harapan agar pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan terus bekerjasama bagi membawa perubahan kepada pekerja.



Semasa berucap dalam Bahasa Melayu, beliau berkata semakin banyak peluang bagi golongan tanpa ijazah untuk maju bersandarkan kebolehan dan pengalaman masing-masing.



Memiliki ijazah juga, tambahnya, saja tidak mencukupi tanpa kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sentiasa perlu dikemaskini.



"Cara kita adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat kita mendapat pendidikan yang baik. Bagi mereka yang ketinggalan, kita harus memberi mereka harapan dan panduan untuk memperbaiki lagi diri mereka,'' kata Encik Zaqy.



Dalam pada itu, Encik Zaqy - yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki - berharap agar badan-badan bantu diri seperti Mendaki boleh membantu di pelbagai peringkat keperluan pendidikan dan peningkatan diri, terutama golongan memerlukan, agar dapat merapatkan jurang antara yang berjaya dengan yang kurang berjaya.



"Melangkah ke hadapan, saya dan rakan-rakan AP Melayu saya akan menyemak dan meneliti usaha dan strategi menyeluruh yang dapat memanfaatkan lebih ramai anggota masyarakat kita baik dari segi pendidikan mahupun peningkatan kemahiran.



"Kami juga akan melihat cara-cara terbaik yang dapat membantu golongan usahawan meningkatkan potensi mereka,'' jelasnya.



Usaha bercorak inklusif dan bersepadu itu memerlukan kerjasama dari semua pihak, agar ia dapat menambah rangsangan kepada golongan yang lebih memerlukan untuk memajukan diri.



"Kepimpinan 4G perlu berubah dan mengukuhkan kompak sosial dengan rakyat Singapura.



"Ia merupakan tanggungjawab moral untuk membangunkan tenaga pekerja rakyat Singapura yang utama atau Singapore core.



" Ia juga merupakan tanggungjawab moral bagi kita mewujudkan pekerjaan lebih baik agar pekerja kita boleh mendapat pendapatan lebih baik,'' tambah Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >