ASAP tebal kelihatan di kawasan bandar petang semalam disebabkan kebakaran di tapak binaan berhampiran bangunan International Plaza di Anson Road.
Kebakaran melibatkan bahan binaan itu berlaku sekitar 6 petang, menurut laman Facebook Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Ia dipadamkan menggunakan dua jet air. Kawasan binaan itu dipercayai tapak bagi bangunan pelbagai guna Vertical City yang sedang dibina.