Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak kerja MRT Laluan Cross Island dialih demi lindungi monyet terancam

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH tapak kerja di Laluan Cross Island MRT (CRL) akan dikecilkan dan sebahagiannya dialihkan ke dalam Singapore Island Country Club (SICC) agar monyet spesis asli yang berkeliaran di kawasan itu tidak terancam.



Tapak yang dikenali sebagai A1W1 itu kini akan terletak kira-kira 150 meter dari sebuah hubungan kanopi pokok di atas Island Club Road, tempat langur atau monyet Asia berekor panjang berjalur Raffles (Presbytis femoralis) diketahui sering berkeliaran, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.



Jarak itu lima kali lebih jauh daripada jarak 30 meter yang dirancang awalnya. Luas tapak kerja itu, yang pada awalnya ditetapkan 15,000 meter persegi, juga telah dikecilkan hingga lebih separuh menjadi 7,000 meter persegi. Sebahagian daripadanya akan terletak dalam kawasan bukan permainan di SICC.



LTA berkata kelab itu tidak akan diberi ganti rugi kerana kawasan tersebut akan dikembalikan kepada kelab itu setelah projek tersebut siap pada tarikh yang tidak ditentukan. Akta Sistem Gerak Cepat juga membolehkan pihak berkuasa menggunakan tanah tersebut.



Langkah itu dilakukan di tengah-tengah rundingan dengan kumpulan pecinta alam yang prihatin terhadap kesan persekitaran CRL berhampiran Hutan Simpan Kawasan Tadahan Central (CCNR).



Bahagian ini laluan itu akan bergerak tepat di bawah hutan simpanan itu dan tidak melingkarinya - keputusan yang dibuat pada 2019 - dan ada kebimbangan bahawa ia boleh menjejas flora dan fauna di sekitarnya.



Dalam satu jawapan bertulis kepada Anggota Parlimen Louis Ng (Nee Soon GRC) pada Mac, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata wakil utama kumpulan pencinta alam telah mengkaji semula tapak binaan A1W1 yang disemak semula dan menyokong perubahan itu.



Encik Ong berkata seorang perunding kejuruteraan telah ditugaskan pada awal tahun lalu untuk meneliti masalah jarak kawasan binaan dengan kawasan monyet berkeliaran.



Ia sekarang "lebih jauh secara signifikan" dari habitat mereka, katanya.



"LTA akan terus bekerjasama dengan mereka mengenai langkah-langkah lebih lanjut demi mengurangi potensi sebarang kesan ke atas sekitaran di tempat kerja A1W1 apabila pembangunan CRL bermula, untuk mencapai keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dan hidupan liar, dan meningkatkan infrastruktur pengangkutan bagi kepentingan warga Singapura ," tambah beliau.



Menurut Wildlife Reserves Singapore, langur berjalur Raffles ialah salah satu daripada tiga primat bukan manusia yang ditemui di Singapura, dan ditemui oleh Sir Stamford Raffles hampir 200 tahun lalu.



Walaupun ia pernah menjadi pemandangan biasa di Singapura satu ketika dahulu, pembangunan bandar telah membataskan pergerakan mereka di bahagian tengah Singapura sahaja.



Menjelang 1990-an, monyet jenis ini berada di ambang kepupusan, dengan hanya 15 hingga 20 terdapat di CCNR.



Kini haiwan itu dipercayai berjumah sekitar 40 hingga 60 ekor sahaja dan terus dalam risiko tingga terhapus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >