Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taraf lebih baik bagi dormitori pekerja mulai Jan depan

Aug 25, 2016 | 09:38 AM



MENTERI Negara (Tenaga Manusia), Encik Teo Ser Luck, mengumumkan pada Khamis (24 Ogos) peraturan baru berkaitan kilang yang ditukar menjadi dormitori pekerja (FCD), yang berkuat kuasa pada 1 Jan depan.



Peraturan baru itu memerlukan pengendali FCD menyediakan loker peribadi, rangkaian Wi-Fi percuma, cara bagi pekerja memberi maklum balas mengenai penginapan mereka dan sekurang-kurangnya satu ruang sakit atau rancangan kontingensi bagi membendung penyakit berjangkit.



Di bawah peraturan sedia ada, mereka sudah diwajibkan menyediakan kemudahan asas, seperti satu titik elektrik bagi setiap pekerja, bingkai katil dan kemudahan sanitasi bersih. Syarikat dikehendaki menyediakan dokumen dan gambar menunjukkan mereka mematuhi peraturan itu apabila memohon lesen atau memperbaharui yang sedia ada.



Kira-kira 80,000 pekerja binaan akan mendapat manfaat daripada peraturan baru itu.



Sejak Ogos tahun lepas, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah memeriksa kira-kira 900 daripada 1,000 FCD di sini dan mengambil tindakan penguatkuasaan, seperti amaran atau pendakwaan, terhadap 160 yang didapati sesak, atau mempunyai taraf rendah bagi kebersihan atau keadaan kehidupan lain.



Kira-kira 50 dormitori besar yang dibina khas dengan sekurang-kurangnya 1,000 katil diwajibkan mematuhi peraturan lebih ketat di bawah Akta Dormitori Pekerja Asing yang berkuat kuasa pada 1 Januari tahun ini.



Encik Teo berkata syarat baru bagi FCD akan membantu memastikan pekerja dijaga dengan lebih baik. Peraturan itu diputuskan selepas maklum balas daripada peserta industri.



"Ia kondusif dan cukup asas bagi membantu pekerja dalam kehidupan sehari-hari mereka," kata Encik Teo kepada kira-kira 600 wakil syarikat dalam sebuah seminar FCD di Pusat Tekstil.



Walaupun beberapa syarikat bimbang tentang kenaikan kos, Encik Teo berkata mereka akan mendapat manfaat pada jangka masa panjang jika pekerja mereka lebih bahagia, bekerja lebih keras dan tidak mempunyai masalah perubatan atau isu-isu sosial.



Encik Teo juga berkata kementeriannya akan memperkenal satu set anugerah baru untuk mengiktiraf pengusaha dormitori teladan yang melakukan lebih banyak daripada apa yang diperlukan penghuni dormitori, dan untuk mendidik pengendali lain mengenai amalan terbaik.



Penilaian akan dilakukan oleh penghuni dormitori, agensi pemerintah dan persatuan lain. Maklumat lanjut akan diumum pada masa akan datang, kata MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >