Tarikh siapnya Hab Sukan ditangguhkan sedikit

TARIKH siapnya pembinaan Hab Sukan yang bernilai $1.33 bilion telah ditangguhkan sedikit ekoran kerja-kerja rumit dalam membina Stadium Negara.

Kebanyakan kerja hab sukan itu akan disiapkan menjelang April ini seperti yang disasarkan, tetapi beberapa minggu diperlukan untuk menguji dan meluluskan bumbung stadium dan tempat duduk yang boleh bergerak.

Bagaimanapun, penangguhan tersebut tidak akan menjejas acara pertama stadium itu yang dirancang pada Jun ini, kata Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, di Parlimen tadi.

Menurutnya, kemudahan Hab Sukan akan dibuka secara berfasa dengan pusat akuatik dan sukan air boleh digunakan mulai April ini.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.