APABILA ditugaskan pihak Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) untuk menghasilkan lagu bagi memperingati golongan perintis, Taufik Batisah terkenangkan tiga insan yang dekat dengan hatinya.
Selain ibu kandung yang banyak berkorban untuknya, Taufik juga mengenangkan ibu saudaranya Maria Bachok, serta bapa saudaranya yang semasa hayatnya merupakan seorang bintang legenda terkenal di Singapura dan Malaysia.