Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taufik mahu 'bangkit' selepas lama menyepi...

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



SETELAH sekian lama tidak membuat persembahan di arena terbuka, pemenang Singapore Idol pertama, Taufik Batisah, begitu teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) hari ini.



Beliau yang dipilih sebagai penyanyi solo untuk lagu tema Hari Kebangsaan iaitu Stronger Together (Lebih Kukuh Bersama) turut gigih menjalani latihan setiap Sabtu sejak Jun lalu.



Persembahan di arena terbuka itu adalah yang pertama buat Taufik sejak sekatan Covid-19 dilonggarkan.



Orang ramai bakal melihat kemerduan dan kelincahan Taufik membuat persembahan di Pentas Terapung Marina Bay.



"Perasaan bila berdepan dengan penonton tu memang luar biasa, dan saya berharap mereka yang datang nanti akan terhibur, dan yang tak dapat datang, harap mereka juga dapat saksikannya dari rumah,'' ujar pemenang sulung peraduan Singapore Idol pada 2004.



Beliau seakan tidak percaya apabila diminta menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan yang ditulis Don Richmond semasa lagu itu masih dalam pembikinan.



Bagi Taufik, lagu Stronger Together itu juga mempunyai unsur-unsur positif seperti usah berputus asa, sentiasa bekerja keras dan bekerjasama antara satu sama lain.



"Kita boleh menangani apa saja cabaran di depan kita, sekiranya kita tabah dan cekal menghadapinya,'' kata Taufik, 40 tahun.



Ini bukanlah kali pertama beliau diberi penghormatan menyanyikan lagu Hari Kebangsaan.



Malah, setelah memenangi Singapore Idol, beliau telah berduet dengan penyanyi Rui En untuk lagu Reach For The Skies sempena sambutan Hari Kebangsaan 2005.



Selepas itu, Taufik sekali lagi mendapat peluang meminjamkan suara merdunya pada 2019 dalam satu kolaborasi dengan 27 artis Singapura dari berbilang kaum dan peringkat umur bagi lagu Our Singapore.



Nama Taufik mungkin tidak asing lagi kepada kebanyakan orang Singapura yang mengenalinya dari permulaan kerjayanya. Tetapi bagi yang lebih muda, mungkin ada yang tidak begitu kenal padanya kerana Taufik sudah lama menyepikan diri dari bidang muzik.



"Kalau mereka (yang lebih muda) kenal saya, mungkin dari lagu Awak Kat Mana, dan lagu itu saya keluarkan pada tahun 2014... bermakna sudah lapan tahun saya tidak buat lagu baru," ujar penyanyi yang kini sibuk dengan perniagaan restoran Chix Hot Chicken di Jalan Pisang, di samping menjadi ejen perumahan sejak 2019.



"Kadang-kadang bila bertemu peminat, terutama sewaktu menjual rumah, mereka memaksa anak-anak mereka bergambar dengan saya, dan saya lihat budak tu keliru dan terfikir, siapalah orang ni?" kata Taufik, berseloroh.



Justeru, kemunculannya dalam NDP tahun ini diharap dapat menyuntik kesegaran dalam kerjayanya.



"Ini adalah peluang keemasan kerana saya dah lama tak menyanyi atau buat muzik. Tentunya saya rasa bangga dan ini adalah satu penghargaan bagi saya.



"Pada mereka yang tidak ingat saya dari zaman Singapore Idol, sekarang mereka mungkin akan ingat saya sebagai penyanyi lagu Stronger Together," tambahnya lagi.



Bila ditanya perasaannya sempena ulang tahun Singapura, Taufik melahirkan rasa sayang terhadap negara kelahirannya ini.



"Saya amat sayangkan Singapura. Walaupun saya sudah dapat keluar negara untuk membuat persembahan, setiap kali saya pergi, saya tak sabar nak pulang. Di sini, saya rasa selamat, dan ini adalah sesuatu kelebihan yang kita sebagai orang Singapura tidak sedar,'' ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >