Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR LEBARAN: PAHIT MANIS RAYA

TAUFIK: Meriah bersama adik-beradik, sepupu

Jul 06, 2016 | 05:30 AM



PENGALAMAN menyambut Hari Raya Aidilfitri sekarang berbanding semasa kecil dulu semestinya tidak sama bagi Taufik Batisah.



Bagi pemenang Singapore Idol (2004) pertama itu, kemeriahan suasana Hari Raya banyak bergantung kepada keseronokan kanak-kanak.



"Semasa kecil dulu, saya masih ingat kami adik-beradik duduk sama rumah, dalam bilik sama.



"Sambutan Hari Raya bersama abangabang saya memang meriah. Apabila dapat berjumpa dengan sepupu lagi bertambah meriah!



"Kami kunjungi rumah saudara-mara naik lori pindah. Pak cik saya akan memandu lori itu dan kami semua akan duduk di belakang" ujar Taufik, yang mempunyai dua abang, ketika ditemui Berita Harian baru-baru ini.



Beliau turut menambah bahawa masa dapat berjumpa dengan sepupu dan bermain 'kejar-kejar' bersama sewaktu Hari Raya sesuatu yang dinanti-nantikan.



Dapat duit Raya hanya sebagai satu bonus saja, katanya.



"Bila saya dah dewasa dan berumah tangga, kemeriahan Hari Raya adalah apabila saya dapat jumpa keenam-enam anak saudara saya.



"Saya tumpang gembira dengan mereka. Suasana perayaan lebih meriah apabila ada kanak-kanak. Kalau tidak ada kanak-kanak mungkin kemeriahannya itu kuranglah sedikit. Budak-budak yang buat suasana Hari Raya lebih meriah dan gembira," ujar Taufik.



Apabila ditanya sama ada itu tanda Taufik merancang membina keluarga sendiri, beliau tertawa dan berkata belum masanya lagi.



"Bagi saya dan isteri saya, kami tidak merancang secara aktif mendapatkan anak. Kami percaya ini semua rezeki Allah. Kami tidak merancang kerana takut memberi tekanan yang tidak perlu. Kalau ada rezeki, insya-Allah kami terima dengan hati terbuka. Kalau tahun depan kami dapat rezeki, insya-Allah, sesuatu yang sangat indah bagi Raya tahun depan," kata Taufik.



Meskipun keseronokan menyambut Raya tidak sama lagi, Hari Raya tahun ini tetap bermakna baginya.



Menurut Taufik, perayaan tahun ini merupakan kali pertama dalam beberapa lama beliau akan menyambut Hari Raya semula bersama kededua abangnya di Singapura.



"Abang (kedua) saya tinggal di Johor Bahru tapi ini Raya pertama beliau akan beraya di Singapura.



"Alhamdulillah, kami akan dapat sembahyang Hari Raya bersama tahun ini seperti semasa kecil dulu.



"Kami adik-beradik memang rapat. Bila dapat bersama sekali lagi, ia sangat indah," kata Taufik yang menambah bahawa mereka mungkin ke Masjid Al-Mukminin seperti dulu.



Berkongsi tentang program Hari Raya pertamanya pula, Taufik berkata beliau bersama isteri serta ibunya akan mengunjungi rumah mentuanya sebelum mengunjungi rumah ayah dan mak ciknya di Johor Bahru.



Mereka akan akhiri Hari Raya pertama di situ.



"Setiap rumah saya kunjungi saya akan makan lontong, lauk lemak lodeh, rendang dan ayam goreng, kalau belum kenyang.



"Itu makanan Hari Raya kegemaran saya, mesti makan pada pagi Hari Raya.



"Kemudian untuk pencuci mulut, saya akan cari kuih bercoklat.



"Saya suka kuih Hari Raya yang mengandungi coklat - biskut coklat cip, kek gulung Nutella," kata Taufik yang turut berkata isterinya, yang berketurunan campuran Pakistan dan Melayu, lebih gemar makan nasi beriani pada pagi Hari Raya.



Isterinya yang dibesarkan dalam keluarga arwah nenek dan ibunya kini akan menyediakan nasi beriani pada Hari Raya pertama, ujar Taufik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >